“Kenapa Semua Orang Mahu Takut Apabila Saya Bersuara?” – Zarina Anjoulie

Pelakon Zarina Anjoulie kini menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video di laman Instagram yang mengutarakan pendapatnya mengenai golongan selebriti mahu menerima bantuan khusus daripada kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Zarina menegaskan bahawa dia hanya menyatakan perkara yang betul secara menyeluruh, “Bagi saya, siapa makan cili dia terasa pedas. Kedua, ramai orang bersetuju dengan apa yang saya cakap. Selain itu, beberapa individu lain seperti Datuk Rizalman, Datuk Hans Isaac, Zul Yahya dan Mamat Khalid turut menyatakan perkara yang sama.”

Tambahnya, “Kenapa tidak marah dan saman mereka? Takut tidak ada tawaran kerja? Sebab itu, saya cakap mereka mempunyai niat jahat. Mereka mahu tindas orang yang mudah dipijak.

Saya minta maaf tetapi saya bukan Zarina 12 tahun lalu yang boleh ditindas. Kenapa semua orang mahu takut apabila saya bersuara? Semua orang mahu buat laporan polis. Apa yang takut sangat dengan suara saya?”

Apabila ditanya mengenai laporan polis yang difailkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terhadapnya, Zarina menegaskan bahawa dia tidak ada melakukan apa-apa yang salah.

“Seniman kata saya racun rakyat tetapi bukankah itu menghasut apabila mereka minta semua orang membuat laporan polis terhadap saya? Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam sahaja. Kalau diikutkan, saya yang patut buat laporan polis dan saman kerana mereka sudah fitnah dan malukan saya,” jelasnya.

Tambahnya, “Saya tidak akan minta maaf. Seperti apa yang saya beritahu sebelum ini, apa yang saya cakap tidak salah. Sekiranya anda benar-benar mahu menghulurkan bantuan kepada artis veteran dan pekerja belakang tabir yang memerlukan, Alhamdulillah. KIta perlu fikir positif sekiranya seseorang itu meluahkan hasrat untuk melakukan perkara yang baik.”

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca