KONGSIKAN

Bersin kadang-kala menyebabkan kita rasa kurang selesa.

Tapi pernah terfikir tak kenapa kita bersin?

Bersin adalah salah satu mekanisma badan untuk mengeluarkan benda asing atau objek dari dalam hidung. Tujuan adalah untuk mencegah daripada bahan ini masuk terus ke dalam paru-paru.

Antara benda asing tersebut adalah virus, alergi, bahan kimia berbahaya dan keadaan di sekeliling kita seperti debu, habuk dan asap.

Secara automatik, mata kita akan tertutup ketika bersin. Tindak balas ini dikenali sebagai ‘involuntary act’, ia untuk mengelak mata kita daripada terkena jangkitan benda asing yang keluar dari badan kita.