Kenapa Kucing Kencing Di Tempat Tertentu? Fahami 5 Maksud Berdasarkan Pergerakan Si Bulus

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai masyarakat sejak dahulu lagi.

Tetapi sebenarnya masih ramai di antara kita yang belum cakna tentang tingkah laku si bulus.

Tahukah anda? Setiap pergerakan dan gelagat si ‘meow’ merupakan satu bahasa yang digunakan oleh mereka untuk menzahirkan sesuatu maksud kepada tuannya.

Sebagaimana yang telah diartikelkan sebelum ini tentang bahasa si ‘meow’ menerusi pergerakan ekornya, kini penulis kongsikan kepada anda 5 maksud di sebalik gelagat comel si bulus.

1. Buang air kecil di kawasan tertentu

Jangan cepat marah sekiranya kucing anda secara tiba-tiba kencing di tempat yang bukan menjadi kebiasaannya.

Perbuatan ini sebenarnya menandakan ‘kawasan’ yang ditakluki oleh si bulus agar tidak dicerobohi oleh kucing lain. Tindakan ini kebiasaannya dilakukan oleh kucing jantan.

2. Berdengkur

Usah bimbang atau terkejut sekiranya si bulus berdengkur kuat sewaktu sedang lena dibuai mimpi.

Perlu anda ketahui bahawa ia sebenarnya menandakan si bulus berasa tenang dan nyaman di sisi tuannya.

3. Mencakar dinding dan sofa

Sikap haiwan comel ini yang begitu suka mencakar dinding dan sofa bukannya suka-suka.

Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengasah dan menajamkan kukunya.

4. Mengusap-usapkan kepalanya ke badan manusia

Perkara biasa ini sering dilakukan oleh si bulus kepada tuannya untuk menyampaikan rasa cinta dan kasihnya buat anda.

Selain itu, perilaku ini turut menandakan bahawa kucing anda belum makan dan memerlukan perhatian daripada anda. Cepat, berikan dia makanan!

5. Pandangan kucing kepada anda

Anda pernah mengalami saat bagaimana rasanya ditenung oleh si bulus? Bukan setakat tenung, si ‘meow’ pasti akan mengedipkan sepasang matanya tatkala melihat anda.

Sebenarnya, ia bukan meminta simpati. Namun, itu merupakan satu daripada cara ia mahu berkomunikasi dengan anda.

Ia bagaikan sebuah ciuman dan menandakan bahawa si bulus percaya kepada anda sebagai tuan pemiliknya.

Diharapkan agar perkongsian ini serba sedikit dapat memberi ilmu pengetahuan kepada semua pembaca.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca