Kenapa Burung Unta Benam Kepalanya Dalam Tanah? 15 Info Unik Tentang Haiwan Ini

Cuba teka, dalam banyak-banyak burung, burung apakah yang terbesar di dunia tapi tak boleh terbang?

Sendiri tanya, sendiri jawab jadi jawapannya adalah burung unta. Info-info best tentang haiwan ini seperti berikut:

1. Burung unta merupakan satu-satunya burung yang kencing dan berak secara asing.

2. Mata burung unta lebih besar berbanding otaknya.

3. Jangka hayatnya sehingga 40 tahun!

4. Burung unta ada tiga perut.

5. Pada tahun 2008, terdapat percubaan untuk membuat sandwich terbesar di dunia dengan menggunakan 1000 kg daging burung unta. Bagaimanapun, orang ramai melahap sandwich tersebut sampai habis sebelum sempat pihak juri mengesahkan rekod dunia.

6. Berlumba menunggang burung unta merupakan perkara biasa di Afrika.

7. Burung unta membenamkan kepalanya dalam tanah bukan kerana berasa terancam atau malu-malu burung tetapi untuk menggolek telurnya di sarang.

8. Burung unta betina mengeram telurnya dalam pasir pada siang hari sebelum tugas itu diambil oleh papa mereka iaitu burung unta jantan pada sebelah malam.

9. Merebus telur burung unta ini mengambil masa selama 2 jam dan saiznya bersamaan jumlah 24 biji telur ayam.

10. Glob tertua di dunia (tahun 1504) yang terukir peta Amerika ini diperbuat daripada telur burung unta.

11. Bulu burung unta sangat efisien dalam menghapuskan habuk sehingga BMW menggunakan sebuah roda mengandungi ribuan bulu burung ini untuk menyapu habuk-habuk melekat di badan kereta yang baru dicat.

12. Sebagai burung terbesar dan terberat di dunia, burung ini turut jaguh dalam mempertahankan diri kerana memiliki tendangan maut sehingga mampu membunuh seekor singa, dapat melihat sejauh 3.5 km dan burung unta jantan boleh mengaum garang macam singa.

13. Pada sekitar 10,000 tahun yang lalu, burung unta pernah digunakan sebagai kenderaan pengangkutan di Eropah, Arab dan Asia. Burung unta jenis Arabian dikatakan pupus pada abad ke-20.

14. Kuda belang dan burung unta boleh hidup berjiran dan saling melindungi antara satu sama lain. Burung unta mempunyai penglihatan yang lebih baik manakala kuda belang pula mampu mendengar dan menghidu bahaya yang datang mendekat.

15. Korea Utara pernah cuba menggunakan burung unta bagi menyelesaikan krisis makanan. Terdapat berdozen ladang burung unta besar-besaran di sana. Kebanyakan daging burung itu dihidangkan ke dalam pinggan orang-orang kaya dan berkuasa di Pyongyang.

Untuk baca artikel lain berkenaan info dan fakta menarik tentang haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca