Kenapa Anda Harus Tukar Tabiat Minum Teh Biasa Kepada Teh Lemon?

Teh merupakan salah satu minuman yang menjadi kesukaan masyarakat di Malaysia. Selain menghilangkan dahaga, minuman ini juga mampu menyihatkan tubuh badan. Teh selalunya dihidangkan pada bila-bila masa sahaja tidak kira waktu sama ada pagi, petang mahupun malam.

Sama ada dihidangkan panas-panas atau dengan ais, ia pasti digemari setiap lapisan masyarakat. Bagi menambah lagi perasa di samping meningkatkan lagi khasiat minuman tersebut, anda boleh menambah sedikit hirisan lemon ke dalam air teh.

Hirisan lemon yang ditambah tidak akan menghilangkan rasa asli teh. Anda akan dapat perisa yang jauh lebih sedap iaitu masam-masam manis.

Lemon dikatakan dapat membantu melawaskan perut selain berupaya untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan. Hanya dengan secawan teh lemon yang diambil secara teratur, ia pasti akan membantu meningkatkan lagi kesihatan anda.

Teh lemon boleh diminum panas atau sejuk. Walau bagaimanapun, lebih sesuai jika ia diminum sewaktu masih panas kerana aroma lemon yang dihiris akan menjadi wangi apabila bercampur dengan teh yang panas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Penulis

  • Maizatul Akhmal Ishak adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca