Kenali Teman Lelaki, Band Anak Muda Dari Perak Yang Kini Semakin Dikenali Ramai

Teman Lelaki merupakan sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan pada tahun 2020. Mereka terdiri daripada Eidi, Hafiz dan Syamil yang masing-masing berasal dari Perak.

Mereka merupakan sekumpulan remaja yang berkongsi matlamat dan semangat yang sama dalam menghasilkan lagu-lagu tentang cinta, kedamaian dan pengalaman peribadi mereka sendiri.

Teman Lelaki sebelum ini telah tersenarai sebagai finalis Anugerah Lagu Indie 2020 sebaris dengan kumpulan muzik hebat yang lain seperti Sekumpulan Orang Gila, The Impatient Sisters, Orkes A Hizadin dan ramai lagi!

Anugerah Lagu Indie (#ALI2020) merupakan platform bagi lagu-lagu berkualiti yang tidak berpeluang masuk ke corong-corong radio untuk diberi pengiktirafan sewajarnya. Anugerah Lagu Indie bukanlah anugerah lagu yang berdasarkan populariti, sebaliknya kualiti adalah kriteria utama yang dinilai.

Dalam pada itu, single pertama mereka iaitu Dengan Nama Tuhan yang ditulis sendiri oleh Eidi dan Hafiz telah menjadi salah satu runut bunyi untuk drama Lelaki Lindungan Cinta di TV3 yang dilakonkan oleh Naim Daniel, Shasha Abedul, dan Ismail Izzani.

Untuk mengetahui genre muzik yang disampaikan oleh Teman Lelaki, anda boleh mendengar single pertama mereka iaitu Dengan Nama Tuhan di Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox serta YouTube.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca