Kenali Personaliti Diri Melalui Lapan Cara Mandi

Setiap pagi selepas bangun daripada tidur, kita akan memulakan hari dengan membersihkan diri.

Mungkin ramai yang tidak perasan, anggota pertama yang kita cuci atau bersihkan ketika mandi itu sangat berkait rapat dengan personaliti diri setiap individu.

Ingin tahu? Mari kita lihat.

1. Cuci Muka Dahulu

Individu yang mencuci mukanya dahulu ketika permulaan mandi adalah seorang yang sangat sensitif dan mengambil berat tentang apa yang orang lain akan lihat dahulu ketika berjumpa, iaitu muka.

Mereka banyak berfikir tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya dan cepat rasa tertekan dan kecewa. Mereka juga berasa malu akan diri sendiri.

Individu berpersonaliti sebegini agak sukar menerima kritikan buruk mengenai dirinya daripada orang lain.

The Best Face Washes and Face Cleansers for Men - InsideHook

2. Cuci Rambut Dahulu

Orang yang mencuci rambutnya dahulu ketika mandi adalah seorang yang berdisiplin dan teratur.

Mencuci bahagian paling atas pada tubuh badan menunjukkan mereka sangat tetap dengan pendapat sendiri dan juga bagus dalam mengurus waktu dengan tepat.

Dalam pemilihan rakan pula, mereka sentiasa memilih rakan yang kaya akal daripada kaya harta.

How Often Should Men Wash Their Hair?

3. Cuci Leher dan Bahu Dahulu

Bahu dianggap sebagai kawasan memikul bebanan. Individu seperti ini adalah sejenis yang rajin berkerja keras demi mencapai kesempurnaan. Mereka juga positif dan sering menganggap orang lain juga sama positif seperti dirinya.

Mereka mudah dibawa berbincang. Tambahan lagi, mereka sering bersaing secara sihat dengan orang sekeliling kerana bertekad mahu menjadi yang terbaik.

The Body Part You Wash First in the Shower Reveals Your Personality—Washing  Armpits First Means Something

4. Cuci belakang Badan Dahulu

Mencuci belakang badan dahulu merupakan salah satu sikap atau personaliti yang agak negatif.

Individu seperti ini tidak mudah mempercayai sesiapa malahan mereka sering berwaspada akan sesuatu.

Jika terdapat sesuatu yang memerlukan sebarang keputusan, mereka akan berfikir dalam-dalam dan penuh berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan. Mereka ini lebih gemar bersendirian.

The best body wash for men - The Virginian-Pilot - The Virginian-Pilot

5. Cuci Bahagian Dada Dahulu

Jangan terkejut. Ada sesetengah orang yang mencuci bahagian dada dahulu.

Mereka ini selalunya memilih untuk bersikap berterus-terang terhadap sesuatu.

Mereka juga selesa dengan keadaan diri sendiri sehingga mampu untuk berdikari dalam pelbagai hal. Keyakinan mereka juga sentiasa dikagumi ramai orang.

Man Washing Chest in the Stock Footage Video (100% Royalty-free) 7384045 |  Shutterstock

6. Cuci Bahagian Sulit Dahulu

Jika anda salah seorang yang akan mencuci bahagian sulit dahulu ketika mandi, anda mungkin seorang yang pemalu.

Kebanyakan daripada mereka ini adalah seorang yang introvert kerana tidak terlalu bersosial apatah lagi bergaul secara berkumpulan.

Namun, kenalan rapat mereka selesa untuk berkawan dengan mereka.

Individu ini akan sentiasa berusaha keras untuk mengekalkan potensi diri walau mereka seringkali gagal.

THIS Is the Right Way to Clean Your Vagina | Glamour

7. Cuci Bahagian Kaki Atau Lengan Dahulu

Mereka yang mencuci bahagian kaki atau lengan dahulu ketika mandi adalah seorang yang merendah diri.

Walaupun sering merendah diri, mereka tidak gentar untuk menyuarakan pendapat ataupun pilihan. Individu seperti ini hanya memilih untuk suka atau bencikan terus sesuatu benda.

Tambahan pula, cara mandian ini dikatakan mampu mengebahkan demam dengan cepat.

Caranya adalah dengan melalukan air bermula daripada kaki dan naikkan ke atas sehingga kepala.

Why You Should Be Washing Your Feet Every Day | Footfiles

7. Cuci Bahagian Bawah Lengan Atau Ketiak Dahulu

Akhir sekali, jika anda seorang yang mencuci bahagian bawah lengan dahulu ketika mandi, ketahuilah anda adalah seorang yang terkenal di kalangan orang sekeliling.

Ini kerana anda seorang yang boleh dipercayai. Orang seperti ini tidak mudah gentar dengan apa-apa jenis kerja berat sekalipun.

How to Prevent Ingrown Armpit Hair: 14 Steps (with Pictures)

Sudah periksa cara mandian anda?

Jadi, anda tergolong dalam jenis yang mana?

Penulis

  • Nurul Syaziera Binti Amiruddin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Artikel Lain Untuk Di Baca