Bagi mereka yang merupakan pemain tegar e-Sukan atau eSports bertaraf dunia, pasti tidak asing lagi dengan permainan ‘League of Legends’ (LoL) yang rancak disertai ramai.
Faker, atau nama sebenarnya Lee Sang-hyeok, telah menjadi jutawan hasil daripada skil hebatnya dalam permainan LoL yang merupakan permainan video dalam talian yang sangat kompetitif dan disertai oleh 115 juta pemain aktif di seluruh dunia.
Sekarang berusia 25 tahun, Faker memainkan peranan sebagai T1 mid laner, dan Korea Selatan telah memenangi tiga kejuaraan dunia setakat ini. Dia berada di tahun kelapan kerjaya profesionalnya bersama LoL.
“Dia adalah nombor satu, dan saya tidak rasa ada yang boleh datang dekat dan tandinginya buat masa ini,” kata Maurits Jan “Chronicler” Meeusen, pengulas untuk liga LoL Korea.
Kerjaya Faker bermula pada tahun 2013, ketika berusia 16 tahun dan tidak mempunyai pengalaman profesional. Dia ditandatangani sebagai pemain untuk pasukan kedua SK Telecom T1, dan bersama rakan sepasukannya, dia melangkau semua jangkaan.
Pada akhir musim, pasukan mereka menyertai Piala Dunia dan menjadi juara dunia dalam percubaan pertama mereka.
“Faker merupakan pemain yang datang secara solo (dan) membunuh salah satu pemain tengah Korea terhebat pada masa itu, Ambition, dalam permainan debutnya.”
Pada tahun 2015 dan 2016, Kejuaraan Dunia dimenangi pasukan SK Telecom, dan Faker akhirnya memperoleh gelaran pemain terbaik di dunia secara tidak rasmi.

Di Korea Selatan, Faker telah lama menjadi bintang terkenal di luar adegan League of Legends. Dia juga banyak terlibat dengan komersial dan iklan bersama bintang sukan yang lain.
Kini, saingan semakin meningkat tetapi reputasi Faker tetap mengagumkan. “Jika anda bertanya kepada profesional lain mengenai individu yang ingin mereka kalahkan untuk membuktikan potensi diri, mereka pasti menyebut nama Faker”, kata Chronicler.
Faker memaklumkan bahawa dia masih belum ada perancangan tetap untuk masa depannya. Ditanya mengenai LoL, Faker memberitahu permainan itu bukanlah segalanya dalam hidup.
“Apabila hidup saya sebagai pemain profesional berakhir, dan fasa kehidupan baru terbuka untuk saya, saya akan melakukan perkara yang saya mahu lakukan,” katanya dalam wawancara bersama wartawan Ashley Kang.
Baca artikel menarik lain di bawah: