Penulis pasti semua orang pernah batuk bukan? Namun, pernahkah anda menghidap penyakit batuk kokol?
Batuk kokol atau pertussis lebih dikenali sebagai batuk 100 hari. Batuk ini terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria pertussis yang merebak melalui udara. Penyakit ini juga boleh dijangkiti contohya daripada ibu bapa.

Sekiranya anda menghidap penyakit batuk kokol, anda akan mengalami batuk berterusan sehingga sukar bernafas. Penyakit ini juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. Penyakit ini juga merbahaya kepada bayi yang berusia kurang dari setahun kerana boleh membawa maut.
Tanda-Tanda Penyakit Batuk Kokol
- kerap bersin
- hidung berair
- demam dalam suhu yang rendah
- sering batuk
Oleh kerana batuk ini tidak menghasilkan kahak, setiap kali batuk ia boleh berterusan hingga 1 minit lamanya. Kadang-kala ia boleh menyebabkan muka anda bertukar merah atau kebiruan-biruan.
Sekiranya anda atau bayi anda dijangkiti batuk kokol, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bagi bayi, antara kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk mengelakkan mereka terkena penyakit ini ialah dengan memastikan mereka menerima suntikan vaksin semasa masih bayi.
Bagi golongan dewasa, antibiotik akan diberikan sebagai langkah untuk mengurangkan batuk dan juga simptom yang lain. Ia juga merupakan salah satu cara bagi mengelakkan batuk kokol daripada merebak.
Apa yang penting ialah sentiasa peka akan kesihatan anda. Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati.