Kenali Artis K-Pop Yang Berasal Dari Malaysia

Tidak dinafikan bahawa dunia K-Pop kini semakin hari semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan anak-anak muda dari pelbagai negara. Disukai kerana wajah mereka yang tampan dan cantik malahan turut diminati kerana bakat yang ada seperti dari segi tarian, nyanyian, bersukan dan pelbagai lagi menjadikan mereka kegilaan remaja pada zaman kini.

Sumber: Soompi

Bukan itu sahaja, gaya berfesyen artis k-pop ini turut menjadi ikutan anak muda di seluruh dunia dalam menggayakan pakaian mereka. Manakala, buat peminat tegar artis k-pop ini turut tidak melepaskan peluang apabila lebih gemar mengikuti apa yang dipakai oleh idol mereka.

Tahukah anda bahawa salah seorang daripada rakyat Malaysia telah berjaya menjadi artis K-Pop? Ini kerana terdapat pelbagai bakat-bakat dari negara luar yang diserap masuk dalam negara mereka terutamanya menerusi ujibakat.

Sumber: TV3

Dikenali sebagai Isaac dalam kumpulan IN2IT, Isaac Voo atau nama penuhnya Isaac Voo Kai Meng adalah anak kelahiran Sabah yang merupakan rakyat Malaysia yang pertama berjaya menjadi artis K-Pop di Korea Selatan. 

Isaac Voo telah memberanikan dirinya untuk mencuba bakat dalam sebuah program di Korea Selatan dan berjaya menjadi peserta teratas dalam program tersebut sehingga melayakkannya terpilih untuk diserap menjadi idol K-Pop di negara tersebut.

Sumber: Soompi

Isaac kemudiannya telah debut sebagai idol bersama ahli kumpulan yang lain pada tahun 2017 di bawah naungan MMO Entertainment yang kini telah menamatkan kontrak terakhir mereka pada tahun 2020. 

Penulis:

  • Nur Izyan Syazwani Binti Mohd Ruzian adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca