Search
Close this search box.

Kenali Agong Kita, 6 Perkara Menarik Tentang YDPA Agong Malaysia Ke-16, Sultan Abdullah

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah merupakan Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang ke-16. Berikut fakta menarik tentang baginda:

1. Baginda telah diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.

2. Baginda adalah paduka anakanda ke-4 daripada 7 orang adik beradik. Kakandanya yang paling sulung adalah Tengku Meriam.

3. Isteri pertama baginda ialah K.D.Y.T.M. Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar Al-Haj yang juga adik-beradik kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail. Mereka dikurniakan 4 orang putera dan 2 orang puteri.

Walaubagaimanapun, putera sulung baginda iaitu Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah yang dilahirkan pada tanggal 24 Julai 1990 telah mangkat pada hari yang sama.

Baginda mempunyai seorang anak angkat iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim sejak 1987.

4. Isteri kedua baginda ialah Cik Puan Julia Rais. Mereka dikurniakan 3 orang puteri.

5. Sebelum diangkat menjadi sultan, bagindalah pemegang gelaran putera mahkota kedua paling lama di dunia selepas Putera Charles iaitu hampir 44 tahun.

6. Nama gelaran rasmi baginda ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang membawa maksud “Sultan Abdullah Pembela Agama yang Terpilih oleh Allah.”

Daulat Tuanku!

Sumber: Wikipedia
Foto: Tok Bentara Mangkubumi, Iman Abdullah

Artikel Lain Untuk Di Baca