Kenali AbsorbPlate, Pinggan Unik Yang Mengurangkan 30 Kalori Dalam Setiap Hidangan

Anda ingin menurunkan berat badan dengan cara yang mudah? Anda boleh mencuba pinggan unik ini kerana ia mempunyai lubang-lubang halus untuk mengurangkan berat badan.

Pinggan unik ini dihasilkan oleh AbsorbPlate dalam usaha untuk memberikan makanan yang sihat. Hal ini kerana lubang-lubang pada pinggan ini boleh mengumpul dan mengasingkan minyak yang berlebihan dan dapat mengurangkan 30 kalori setiap hidangan.

Menurut agensi pengiklanan kepada AbsorbPlate, BBDO Bangkok, rekaan tersebut masih diuji. Bagaimanapun, beribu-ribu pinggan ini telah diedarkan kepada kedai-kedai makan di Thailand.

Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai. Ada yang menyokong dan tidak kurang ada yang memandang sinis akan ciptaan terbaharu ini.

Jika anda melancong ke Thailand, cubalah AbsorbPlate ini demi kesihatan anda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca