Kenali 5 Jenis Fobia Paling Pelik Dalam Dunia

Terdapat pelbagai jenis fobia yang wujud di dalam dunia ini. Antara fobia yang cukup sinonim dengan manusia adalah phonophobia dan acrophobia.

Tetapi, tahukah anda? Terdapat banyak lagi jenis fobia yang sangat pelik sehingga membuatkan anda berkerut dahi apabila membaca tentang perkara tersebut.

Berikut penulis kongsikan 5 jenis fobia paling pelik dalam dunia:

1. Nomophobia

Nomophobia akan menyebabkan individu berasa gusar apabila telefon mereka tidak dicaj, tidak mempunyai baki ataupun tersalah letak.

2. Anemophobia

Anemophobia pula menjelaskan situasi di mana seseorang itu takut akan angin. Ya, angin. Mereka tidak boleh berada berdekatan dengan tingkap yang terbuka. Peralatan seperti pengering tangan juga pastinya menakutkan kepada golongan ini.

3. Linonophobia

Ketakutan individu terhadap tali dipanggil sebagai linonophobia. Hal ini terjadi disebabkan oleh perkaitan yang negatif seseorang terhadap item tersebut.

4. Arachibutyrophobia

Penggemar roti dan peanut butter pasti berasa begitu hairan dengan jenis fobia yang satu ini. Ditambah lagi dengan sebutannya yang berbelit-belit. Arachibutyrophobia merupakan nama fobia yang dialami oleh seseorang kerana berasa takut sekiranya peanut butter melekat pada lelangit mulut.

5. Optophobia

Optophobia menjelaskan keadaan di mana seseorang berasa takut untuk membuka matanya. Ia mungkin kedengaran seperti aneh namun nyata.

Pelik, bukan? Bagaimanapun, pasti ada antara kita yang mungkin secara tidak sedar mengalami fobia ini.

Penulis

  • Nur Atiqah binti Hassan adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel yang menyentuh topik atau isu semasa berkaitan dengan fobia, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca