Anakanda bongsu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah sering sahaja mencuri perhatian orang ramai di Twitter.
Terbaharu, Tengku Jihan memuat naik sekeping foto dirinya lengkap dengan sut menyelam di dasar laut menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau.
Next level social distancing pic.twitter.com/fPE0w2oVkP
— T P J 🇲🇾 (@jihanabdullah27) August 27, 2020
Tengku Puteri Jihan memuat naik foto tersebut dengan kapsyen berseloroh, “Next level social distancing.“
Namun, apa yang mencuit hati orang ramai adalah foto itu tidak datang secara bersendirian tetapi bersama usikan daripada warganet selepas menyedari mereka berkongsi minat yang sama dengan puteri berkenaan.
Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata warganet tidak menunggu lama untuk mencuba nasib mereka untuk ‘mengusik’ Tengku Jihan:
Bismillah Assalamualaikum Tengku sudi naik kereta dgn saya? pic.twitter.com/kXzBzxxhMC
— A Reef (@arifsamshuri) August 27, 2020
Selamat menyambut hari kemerdekaan 🇲🇾 yang ke-63 Tengku😉 patik mampu beri mini love yang tak seberapa je ni tengku😌😆 @jihanabdullah27 pic.twitter.com/eUjzSfdcFD
— RNA si PENDOSA (@Hery_pendragon) August 27, 2020
nak bagi bunga, tak ada pulak dalam air.. yg ini boleh ke Tengku? sekejap yaa saya kasi cuci dulu. hehehe gurau Tengku @jihanabdullah27 🙏😅 https://t.co/4q15hTrnzc pic.twitter.com/XNkzfrGUTL
— Mohd Nur Aiman (@nuraimansuhaimi) August 27, 2020
Walaupun dihujani dengan pickup line daripada para pengikut, Tengku Jihan dilihat berjaya ‘menolak’ permintaan tersebut dengan tenang dan bersahaja.
“Tidak mengapa, saya berenang sahaja,” ujarnya.
takpe saya berenang je https://t.co/EofD9PQ9FK
— T P J 🇲🇾 (@jihanabdullah27) August 27, 2020
Walaupun jawapannya ringkas dan bersahaja, ciapan tersebut telah menerima 10,600 ulang kicau pada waktu artikel ini ditulis. Dalam pada itu, Tengku Jihan memaklumkan beliau baru sahaja memperoleh sijil ‘Open Water Scuba Diver’ iaitu tahap pensijilan paling asas mengikut standard Professional Associations of Diving Instructors (PADI).
Untuk membaca artikel-artikel berkaitan kerabat diraja, anda boleh klik pada pautan di bawah: