Kemurungan Boleh Membawa Maut? Ini 5 Cara Tangani Masalah Ini

Kemurungan memiliki istilah saintifik iaitu “depressive disorder,” atau “clinical depression.” Ia merupakan sejenis penyakit mental yang didatangi dengan perasaan sedih yang melampau. Ada juga pesakit yang mungkin akan berasa tidak berdaya, mudah putus asa dan beranggapan diri sendiri tidak berharga. Penyakit kemurungan mampu berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira had umur.

Terdapat beberapa jenis kemurunga yang perlu anda tahu seperti:

1.Major Depression (Clinical depression).

Kemurungan berat merupakan keadaan yang sering berulangan. Pesakit sering yang didatangi gejala penyakit yang kerap. Simpton yang menyerang boleh kelihatan keterlaluan ataupun ringan. Kebiasaannya, penyakit ini akan berlaku selama enam bulan.

2. Dysthymia

Dysthymian merupakan gejala kemurungan yang cenderung bertahan sekurang-kurangnya dua tahun. Jika anda mengalami dysthymia, keadaan hati anda mungkin buruk dan anda sendiri mungkin akan terbiasa berfikiran bahawa sifat tersebut merupakan jati diri anda.

Gejala kemurungan ini tidak boleh dibiarkan sehingga ianya berlarutan kerana ia boleh memusnahkan gaya hidup sihat anda untuk melakukan aktiviti seperti orang lain.

3. Persistent depressive disorder

Jenis kemurungan ini sekurangnya akan bertahan selama dua tahun dan gejalanya sama seperti Major Depression. Anda boleh didatangan oleh gejala ringan atau didatangi oleh gejala yang singkat.

4. Psychotic Depression

Jenis kemurungan ini adalah kombinasi daripada kemurungan biasa dan spikotik. Orang yang mengalami gejala ini biasanya orang yang lemah semangat. Saat mengalaminya, mereka akan kehilangan kesedaran dalam diri dan mula mempercayai hal-hal yang orang lain tidak boleh dengar dan lihat.

5. Postpartum Depression

Jenis kemurungan ini biasanya akan terjadi kepada ibu-ibu yang baru melahirkan. Postpartum depression jauh lebih bahaya daripada baby blues. Seramai 70-80% ibu baru diserang penyakit baby blues. Sementara itu, hanya 10-15% ibu yang menderita postpartum depression.

6. Bipolar Disorder (Manic depression)

Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mengalami kemurungan bergantian dengan manic depression. Gejala ini akan menyebabkan sesorang yang mengalaminya akan berkelakuan semberono, menjadi hiperaktif, dan perbicaraannya menjadi cepat.

7. Seasonal affective disorder (SAD)

Jenis kemurungan ini sering terjadi pada musim luruh dan musim sejuk. Pada musim-musim ini, waktu siang menjadi semakin pendek dan masa malam menjadi panjang. Beberapa orang mungkin akan mengalami SAD untuk waktu yang singkat semasa musim panas.

Sekiranya anda menyedari seseorang atau diri anda sendiri yang mempunyai masalah kemurungan atau disyaki menderita penyakit ini, haruslah anda membantu mereka dan diri dengan kadar segera untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

Berikut adalah cara-cara untuk menangani masalah kemurungan:

1.Tenangkan diri

Hal ini sangat diperlukan oleh mental dan jiwa seseorang pesakit mental. Terdapat pelbagai cara untuk anda menenangkan diri. Contohnya, pergi ke tempat yang menenangkan seperti di tepi pantai, berzikir dan yoga serta jauhi diri anda dari perkara yang boleh menggangu mental dan jiwa anda.

2.Berkomunikasi

Hal ini turut membantu untuk mencegah diri daripada gejala kemurungan. Bincangkan dan luahkan perasaan anda kepada seseorang yang boleh dipercayai seperti rakan baik atau keluarga.

3.Lakukan aktiviti luar

Aktiviti luar yang dimaksudkan adalah seperti bersukan, beriadah dan perkara yang boleh membuat anda jauh dari kemurungan. Selain membantu mengurangkan gejala kemurungan, perkara ini juga membuatkan badan anda menjadi lebih sihat.

4.Pemakanan yang sihat

Aspek pemakanan juga haruslah dititikberatkan dalam kehidupan harian anda. Hal ini juga boleh mempengaruhi ketidakstabilan hormon anda dan ia bakal mengubah segala perasaan anda menjadi murung, gelisah, resah, marah dan sedih.

5.Tidur yang mencukupi

Tidur juga harus ditekankan dalam kehidupan seharian anda. Hal ini adalah kerana apabila seseorang itu sedang tidur, ia mampu merehatkan mental dan fizikal daripada segala keletihan yang anda alami. Manusia digalakan untuk tidur 6 hingga 8 jam sehari untuk melegakan segala kepenatan.

Dalam keadaan persekitaran dan masyarakat yang semakin kompleks pada saat ini, kecenderungan seseorang itu untuk mengalami kemurungan semakin tinggi.

Oleh itu, kita haruslah sentiasa mengawal aktiviti kehidupan kita agar dapat mencegah diri daripada mengalami masalah mental ini.

Anda juga boleh ketahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit kemurungan ini dengan menonton video di bawah.

Penulis

1. Erna Nawanti A/P Timo adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

2. Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri,
Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca