Kemungkinan Vaksin COVID-19 Berkesan Tangani Wabak Itu Sepenuhnya Adalah Tipis

Dr. Anthony Fauci selaku penasihat COVID-19 di White House menyatakan bahawa kemungkinan para saintis untuk menghasilkan vaksin COVID-19 yang berkesan dan mampu memberikan perlindungan sehingga 98 peratus adalah sangat tipis.

Memetik laporan media tempatan, para saintis berharap agar vaksin yang dihasilkan nanti akan berkesan sehingga sekurang-kurangnya 75 peratus. Namun begitu, jika ia berkesan di tahap 50 atau 60 peratus juga dilihat sudah cukup baik.

Sumber: Reuters

“Kemungkinan ia berkesan sehingga 98 peratus adalah agak mustahil. Sebab itu adalah penting untuk orang awam sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan,” kata Dr. Anthony Fauci.

“Vaksin berfungsi supaya virus itu bukan lagi satu pandemik, sebaliknya sudah boleh dikawal,” kata beliau lagi yang merupakan Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional semasa sesi soal jawab dengan Fakulti Kesihatan Awam, Brown University.

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) sebelum ini memaklumkan bahawa mereka akan meluluskan apa sahaja vaksin yang dihasilkan selagi ia selamat dan mempunyai tahap keberkesanan sehingga 50 peratus.

Pesuruhjaya FDA iaitu Dr. Stephen Hahn mengatakan yang ada kemungkinan Amerika Syarikat boleh menghasilkan vaksin yang mengurangkan risiko seseorang mendapat jangkitan wabak COVID-19 sehingga 50 peratus.

“Kami sedang usahakan,” kata Dr. Stephen Hahn yang pada masa sama memaklumkan kemungkinan itu masih menjadi perdebatan dalam kalangan saintis dan pengamal perubatan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penghasilan vaksin COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca