Kemunculan Watak X-Men Dalam Marvel Sudah Diberi ‘Hint’ Sejak 2013 Lagi

Pada Julai 2019, Kevin Feige telah mengumumkan bahawa mutant watak X-Men akan menjadi sebahagian dalam francais filem Avengers. Walau bagaimanapun, pengarah studio Marvel itu tidak menjelaskan kenyataan tersebut secara menyeluruh.

Sumber: Screenrant

Penggambaran filem Avengers sepatutnya bermula pada pertengahan 2020 dan berkemungkinan tidak dapat diterbitkan lagi sekiranya watak-watak mutant X-Men muncul dalam MCU Avengers pada fasa kelima atau keenam.

Namun kini, watak Wolverine dalam X-Men dijangka akan muncul pada fasa kelima MCU dalam siri episod The Falcon and the Winter Soldier yang bakal ditayangkan di saluran Disney+.

Memetik laporan Screen Rant, kewujudan watak mutant sudah dibincangkan menerusi babak cameo (sampingan) lakonan Stan Lee dan Dr. Erik Selvig iaitu seorang pakar psikatris dalam filem Thor: The Dark World.

Jika anda teliti betul-betul pada papan hitam yang ditulis Dr. Erik dalam filem tersebut, ia jelas menunjukkan perbincangan teori The Fault.

The Fault ialah fenomena kemusnahan alam kosmik Cancerverse (alam tamadun bagi makhluk asing Brood) akibat peperangan mutant Kree dan Shi’ar lalu terbentuk multiverse dalam komik X-Men karya Jonathan Hickman.

Tambah menarik lagi, kisah alam The Fault ini berkemungkinan akan diceritakan melalui filem sekuel Doctor Strange 2: In The Multiverse of Madness.

Untuk mengetahui aksi mutants dalam MCU Marvel, anda mesti menantikan kemunculan filem sekuel Doctor Strange yang selanjutnya.

Untuk pengetahuan anda, Disney membeli rangkaian 21st Century Fox dan mengembalikan hak watak X-Men ke Marvel Studios. Secara tidak langsung, Marvel Studios sangat yakin bahawa X-Men akan hadir ke MCU.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca