Kemunculan Tandatangan Tun Dr. Mahathir Dalam The Crown Ini Curi Perhatian Warganet

Baru-baru ini, The Crown musim keempat yang dibintangi oleh Olivia Colman dan Tobias Menzies ini berjaya mencuri perhatian orang ramai selepas tandatangan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia telah membuat penampilan istimewa dalam siri drama sejarah berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, tandatangan beliau membuat kemunculan istimewa dalam episod kelapan musim keempat drama berkenaan. Namun, apa yang lebih menarik perhatian orang ramai ialah tandatangan bekas Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew turut membuat penampilan dalam babak berkenaan.

Sumber: Twitter @The_Endie

Dalam babak tersebut, beberapa orang ketua kerajaan Komanwel termasuk Tun Dr. Mahathir sendiri telah menandatangani sebuah pengisytiharan pada tahun 1985 untuk menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet turut berharap bahawa pelbagai peristiwa bersejarah seperti Dawn Raid dan kempen Buy British Last akan membuat kemunculan dalam siri tersebut:

Selain itu, rata-rata warganet juga agak terkejut dengan details peristiwa yang ditayangkan dalam The Crown kerana ia sangat tepat dari segi sejarah.

Buat anda yang masih keliru, The Crown ialah sebuah drama sejarah yang mengambil tempat sepanjang pemerintahan Ratu Elizabeth II. Siapa antara anda yang merupakan pengikut setia musim keempat The Crown?

Pada pendapat anda, adakah insiden-insiden bersejarah seperti Dawn Raid atau Buy British Last akan membuat penampilan istimewa dalam siri berkenaan pada masa hadapan?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan siri-siri Netflix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca