Kemunculan Semula Blackpink, Konsert Jelajah Dunia Bakal Dilakukan

Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan Blackpink mempunyai perkara besar yang dirancang untuk peminat sepanjang tahun ini.

Sumber: Soompi

Pada 1 Ogos, Blackpink yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa telah mengeluarkan trailer kemunculan semula mereka di YouTube.

Video trailer yang bernama ‘BORN PINK’ dikeluarkan pada tengah malam waktu tempatan.

Kemunculan ini juga adalah pengumuman perancangan mereka untuk beberapa bulan akan datang.

Selepas single yang bakal dikeluarkan pada bulan Ogos ini, kumpulan tersebut akan mengeluarkan album baharu pada bulan September.

Sumber: Popsugar

Lebih menarik lagi, kumpulan Blackpink juga bakal membuat konsert jelajah dunia bemula pada bulan Oktober ini.

Kemunculan semula kumpulan Blackpink yang akan datang menandakan kemunculan semula pertama sebagai kumpulan yang lengkap selama hampir dua tahun tidak melakukan sebarang aktiviti bersama.

Sumber: Allkpop

Album penuh terakhir yang dikeluarkan oleh kumpulan Blackpink adalah pada bulan Oktober 2020 dengan tajuk The Album dan tajuk lagunya Lovesick Girls.

Sudah pastinya peminat Blackpink yang diberi nama Blinks tidak sabar dan teruja dengan kemunculan semula mereka.

Anda boleh tonton trailer Born Pink dari kumpulan Blackpink di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca