Kemunculan Pertama Bunga Citra Lestari Lepas Pemergian Ashraf Sinclair

Hampir dua minggu industri hiburan tanah air dan negara jiran dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Ashraf Sinclair, isterinya yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) akhirnya kembali bernyanyi.

Bunga Citra Lestari tampil di sebuah acara yang berlangsung di SQ Dome, Jalan TB Simatupang, Cilandak, Jakarta Selatan pada Jumaat, 28 Februari 2020.

BCL atau lebih dikenali dengan gelaran Unge dalam kalangan selebriti tempatan, dilihat mengenakan pakaian serba hitam tanda masih berkabung. Malah, seluruh kugiran yang mengiringi persembahannya pada malam itu juga berpakaian warna sama.

Menurut Bunga Citra Lestari, lebih satu tahun yang lalu, SQ Dome merupakan tempat kali terakhir dia melakukan persembahan sambil ditemani Allahyarham suaminya.

“Selamat malam, apa khabar? Sebenarnya malam ini saya tidak boleh banyak berbicara. Kali terakhir saya nyanyi di sini sambil ditemani Allahyarham suami saya,” kata Bunga Citra Lestari dalam nada bergetar.

Pada malam itu, Bunga Citra Lestari mendendangkan sembilan buah lagu seperti Pernah Muda dan Tentang Kamu.

Ramai penonton hadir ke SQ Dome pada malam itu untuk bergembira dan memberi semangat kepada selebriti berkenaan.

Pada tanggal 18 Februari 2020, suami BCL yang juga merupakan abang kepada penyampai radio dan model, Aishah Sinclair disahkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 40 tahun.

Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca