Selepas ditutup untuk mengekang penularan wabak COVID-19, akhirnya panggung wayang di Malaysia sudah kembali dibuka awal bulan Julai tempoh hari.
Pembukaan kembali operasi panggung wayang ini dimeriahkan lagi dengan tayangan sekuel filem blockbuster Korea, Train To Busan dengan tajuk Peninsula.
Walau bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah apabila salah seorang pelakon dari Malaysia dilaporkan turut membintangi filem tersebut.
Perkara ini telah menjadi topik perbualan di media sosial selepas beberapa artis dan personaliti yang menghadiri tayangan perdana filem itu berkongsikan mengenainya di akaun media sosial mereka.
Antara individu yang berkongsikan mengenai perkara itu adalah pelakon Hairul Azreen dan juga personaliti YouTube, ZhafVlog yang memaklumkan mengenai penampilan pelakon dari Malaysia itu.
Dikenali sebagai Bella Rahim, ternyata dia bukan sahaja bertuah kerana dapat berlakon di samping pelakon-pelakon dari Korea Selatan, malah turut berpeluang bekerja dengan krew perfileman antarabangsa. Dia juga bakal melibatkan diri dalam sebuah pementasan teater di Norway pada tahun hadapan.
View this post on InstagramA post shared by Bella Rahim (@therealbellarahim) on
Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata daripada warganet turut berasa teruja dan bangga dengan penampilan Bella dalam filem tersebut.
selayaknya!!
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) July 15, 2020
Ada badge bendara Malaysia!
— Kak nis (@neesely) July 15, 2020
Haha tabik spring. Tak sembang pungpangpungpang macam artis lain
— chetan🤡 (@lxcleoxl) July 16, 2020
Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: