Kemunculan Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Sebagai Pembaca Berita Raih Perhatian Warganet

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman membuat kemunculan semula di slot Berita Perdana Khas di TV1 semalam.

Menurut laporan, baginda tampil menyampaikan berita berkenaan dengan isu semasa kira-kira 15 minit sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang ke-75.

Berita yang disiarkan pada jam 8 malam itu terlebih dahulu memaparkan momen-momen ketika baginda mula menjadi pembaca berita di RTM.

Tambahan pula, ia merupakan kemunculan kali pertama Tengku Permaisuri di kaca televisyen selepas ditabalkan menjadi Permaisuri Selangor lima tahun lalu.

Kemunculan istimewa itu membuatkan rata-rata warganet teruja dan ada juga yang meluahkan rasa rindu melihatkan Tengku Permaisuri sebagai pembaca berita di saluran TV berkenaan.

Bukan itu sahaja, warganet turut rasa kagum dengan kepetahan baginda walaupun sudah lama tidak muncul di kaca TV sebagai penyampai berita.

Para warganet turut memuji penampilan baginda yang dikatakan cukup elegan dan cantik. Kali terakhir Tengku Permaisuri tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu.

Baginda pernah merangkul beberapa anugerah penyampai terbaik sepanjang kariernya dahulu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca