Kemunculan Busana Songket Dalam Drama ‘Love Between Fairy And Devil’ Ini Curi Perhatian Ramai

Selain daripada K-Drama, drama dari China juga mempunyai kelab peminat tersendiri dalam kalangan rakyat Malaysia kerana jalan ceritanya yang berbeza dan penuh dengan aksi.

Baru-baru ini, Love Between Fairy and Devil berjaya mencuri perhatian orang ramai apabila Dylan Wang iaitu salah seorang pelakon dalam drama itu menggayakan pakaian yang bercorakkan songket.

Sumber: The Vocket

Anda difahamkan boleh melihat Dylan menggunakan busana songket dalam drama arahan Yi Zheng ini dari episod satu lagi. Perkara ini dianggap cukup jarang berlaku kerana drama China kebiasaannya akan menggunakan pakaian yang menunjukkan seni warisan mereka.

Dalam pada itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bangga kerana busana songket digunakan dalam drama terkenal tersebut sekali gus dapat mempromosikan seni warisan negara kita di persada antarabangsa.

Sumber: Twitter @rashford32

Orang ramai turut berkata Love Between Fairy And Devil ini sebenarnya bukanlah sebuah drama sejarah China sebaliknya ia merupakan genre xianxia. Atas sebab itu, ia tidak menggunakan pakaian mengikut sejarah asal.

Anda boleh tonton teaser drama ini di bawah. Buat anda yang memang kaki C-Drama, drama yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yu Shuxin, Dylan Wang, Zhang Linghe, Cristy Guo dan Xu Haiqiao ini masih lagi ongoing dan boleh ditonton di iQIYI.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca