Pelakon Tasha Shilla bersama pasangannya, Muhammad Atiq Idris melangsungkan majlis resepsi di Bayswater di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada malam Ahad.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian warganet ialah kemunculan beberapa ekor Atlas moth iaitu rama-rama terbesar di dunia dalam majlis tersebut.
Tasha berkata bahawa kehadiran rama-rama itu adalah simbolik cinta sejati dirinya dan suami menerusi ruangan kapsyen di laman Instagramnya bersama beberapa keping foto.
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
Tambahnya, “Atlas moth turut melambangkan cinta sejati, hanya satu kali bercinta.”
Memetik laporan mStar, Tasha menggayakan dua busana rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat dalam majlis tersebut.
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
Selain itu, majlis resepsi berkenaan turut diserikan dengan kemunculan penyanyi Hafiz Suip dan pelakon Fahrin Ahmad tampil sebagai pengacara majlis.
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
View this post on InstagramA post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on
Untuk pengetahuan anda, Tasha mengikat tali perkahwinan bersama Atiq dalam satu majlis sederhana di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.
Walaupun tempoh perkenalan mereka singkat, Tasha berkata bahawa dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana bagi dirinya, Atiq adalah cinta sejati yang dicari olehnya selama ini.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah: