Kempen Satu Hari Satu Ceritera Mengangkat Seni, Warisan Dan Budaya Malaysia Secara Dalam Talian

kempen-satu-hari-satu-ceritera-mengangkat-seni-warisan-dan-budaya-malaysia-secara-dalam-talian

Kempen Satu Hari Satu Ceritera secara dalam talian anjuran Persatuan Si Pencerita bertujuan bagi mengangkat kepelbagaian seni, budaya dan warisan Malaysia.

Kempen ini bermula pada 1 Oktober dan ditayangkan di platform Facebook Khairul Anuar Azmi dan Instagram @nuar_storyteller.

Lebih menarik lagi, siaran langsung tayangan video penceritaan ini diadakan pada 30 Oktober, 12 tengah malam selama 24 jam menerusi Facebook Khairul Anuar Azmi.

Sumber: Instagram (@nuar_storyteller)

Untuk pengetahuan anda, tayangan video memaparkan penceritaan tentang seni lakon, seni muzik, makanan, warisan dan permainan tradisi masyarakat Malaysia.

Sambutan kempen ini didapati sangat menggalakkan, lebih-lebih lagi, daripada peminat-peminat seni suara latar.

Khairul Anuar Bin Azmi, Pengerusi Persatuan Si Pencerita, berkata bahawa kempen Satu Hari Satu Ceritera dapat mempromosikan produk-produk kebudayaan dan pelancongan yang terdapat di Malaysia malah dapat menarik minat masyarakat tempatan dan luar mengenali kebudayaan Malaysia, disamping memperkenalkan bakat-bakat baru suara latar di bawah Persatuan Si Pencerita.

kempen-satu-hari-satu-ceritera-mengangkat-seni-warisan-dan-budaya-malaysia-secara-dalam-talian
Sumber: Facebook (khairulanuarazmi)

“Program seperti ini, diharap akan dapat menyemarakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan. Kami melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli persatuan yang berminat dalam bidang suara latar sebagai usaha untuk menggalakan para belia menginterpretasikan rasa bangga terhadap negara melalui hasil seni.

“Dengan harapan, agar usaha ini dapat diperluaskan lagi disamping, mempromosi bakat-bakat seni suara latar tempatan,” ujar Anuar.

Menariknya lagi, kempen ini turut diserikan dengan sokongan rakan selebriti seperti Haziq Hussni, Ahmad Fedtri Yahya serta Naim Hashim salah seorang pemilik suara latar profesional.

Kemajuan teknologi seperti rantaian video yang dikongsikan melalui media sosial menjadi medium terkini masyarakat tempatan dan para pelancong asing mengenali serta mengetahui keunikan yang terdapat di Malaysia meskipun dunia sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Sumber: (@khairulanuarazmi)

Bagi menampung sebahagian kos penganjuran Kempen Satu Hari Satu Ceritera, program ini mendapat sokongan dan bantuan Badan bukan Kerajaan (BBK) Sektor Kebudayaan daripada Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Jangan lupa saksikan siaran langsung penutupan kempen Satu Hari Satu Ceritera menerusi Facebook Live Khairul Anuar Azmi tengah malam nanti!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca