Kempen ‘Buy Muslim First’ Terlalu Berlebihan? Ini Pandangan Warganet Dalam Media Sosial

Sejak kebelakangan ini, kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) sememangnya hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Baru-baru ini tular pandangan warganet dalam media sosial yang seolah-olah meluat melihat sikap penyokong-penyokong kempen berkenaan.

Ini kerana, terdapat beberapa posting penyokong kempen BMF yang menceritakan pengalamannya sewaktu membeli roti di sebuah pasar raya. Tindakannya itu seakan-akan tidak disukai oleh sesetengah pembeli yang mungkin tidak menyokong kempen ini.

Segelintir warganet mendakwa bahawa penyokong kempen tersebut terlihat berlebihan sehingga dikatakan setiap cerita yang disebarkan hanyalah rekaan semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, ada juga penyokong yang bercerita tentang pengalamannya ketika bertemu dengan seorang ‘pak haji’ sewaktu membeli susu pekat.

Perasaan geram atau tidak setuju seperti yang dikatakan oleh penyokong tersebut sewaktu menggalakkan pembeli lain membeli susu pekat keluaran Muslim secara tidak langsung mengundang kecaman warganet.

Perkongsian pemuda ini rata-ratanya menerima maklum balas daripada pengguna Twitter yang lain. Ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalamannya bersama salah seorang rakannya yang merupakan penyokong BMF. Walaupun gadis ini juga merupakan penyokong BMF, namun masih terserlah sikap berlebihan rakannya yang kurang disenangi olehnya.

Baru-baru ini, isu berkenaan BMF yang dikatakan sebagai pemboikot barangan keluaran bukan muslim (import) diulas menerusi program Analisis yang bersiaran langsung di rangkaian televisyen Alhijrah. Perihal kempen tersebut telah dikupas oleh panel-panel jemputan yang sangat berwibawa.

Bukan itu sahaja, topik kempen ‘Buy Muslim First’ turut dibincangkan menerusi pandangan yang dilontarkan oleh generasi muda masa kini. Untuk melihat sejauh mana pelaksanaan kempen tersebut dalam membentuk persepsi pengguna masa kini khususnya generasi muda, anda boleh tonton video berikut:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca