Kempen ‘Black Lives Matter’, Diana Danielle Bengang Warganet Tidak Faham Bahasa

Aktres terkenal tanah air, Datin Diana Danielle menegur sikap segelintir daripada rakyat Malaysia yang mempersoalkan gerakan protes Black Lives Matter yang dianjurkan oleh penduduk Amerika Syarikat baru-baru ini.

Diana mengutarakan pendapatnya selepas melihat komen daripada orang ramai yang meminta kumpulan penyokong protes tersebut turut memperjuangkan nasib kaum lain yang tertindas.

“Saya mahu tegur sikit, boleh? Tolong hormat apabila semua orang sedang memperjuangkan sesuatu isu. Sebagai contoh, kempen black lives matter (kehidupan orang berkulit gelap itu penting).

Saya lihat ada yang mempersoalkan mengapa hanya memperjuangkan isu tersebut sedangkan all lives matter (semua kehidupan penting).

Saya jadi tertekan kerana kita sedang create awareness untuk satu isu! Kita tidak bolehlah naikkan 14,000 isu secara tiba-tiba dalam satu masa.

Apabila kita naikkan pelbagai isu dalam satu masa, nanti tidak akan ada fokus terhadap gerakan tersebut. Dulu ada tanda pagar Save Palestine jadi kita fokus pada gerakan tersebut.

Janganlah pula apabila semua orang sedang menyuarakan slogan tersebut, ada yang mempersoalkan kenapa Palestin sahaja dan bukannya semua negara yang tertindas? Saya tidak tahu jawapan apa yang boleh memuaskan hati semua orang,” ujarnya.

Sementara itu, isteri kepada Datuk Farid Kamil ini menganggap ia merupakan satu tindakan yang tidak wajar bagi mana-mana pihak atau individu untuk mempertikaikan gerakan tersebut.

“Sekiranya kita mahu create awareness, kita perlu naikkan satu isu itu dahulu dan barulah kita ke isu lain. Kita tidak boleh menidakkan perjuangan orang lain kerana perkara ini benar-benar berlaku kepada mereka.

Mereka mulakan gerakan ini dan kita sokong. Saya tidak maksudkan gerakan ini adalah lebih penting atau berkuasa daripada yang lain,” tambahnya.

Bagi yang masih keliru, masyarakat di seluruh dunia sedang menyuarakan slogan Black Lives Matter sebagai salah satu bentuk solidariti terhadap pemergian seorang warga Amerika Syarikat berkulit gelap, George Floyd.

Walau bagaimanapun, ada pula beberapa individu yang mempersoalkan kenapa gerakan tersebut hanya memperjuangkan masyarakat berkulit gelap di Amerika Syarikat sahaja sedangkan ada bangsa lain yang turut sama tertindas.

Adakah anda turut bersetuju dengan pendapat Diana ataupun mempunyai pandangan lain mengenai isu ini? Anda boleh tonton video penuh di sini.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkaitan mendiang George Floyd, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca