Bagi meningkatkan kesedaran tentang bahayanya gula berlebihan, Persatuan Diabetes Thailand meminta pereka Nattakong Jaengsem agar membuat kempen yang dapat memberi impak besar kepada masyarakat. Mesej utama kempen tersebut adalah bagi memberi kesedaran kepada mereka tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan kepada kesihatan.

Gula yang berlebihan boleh menukar komposisi badan kepada lemak akibat daripada gula yang tidak digunakan oleh badan manusia dengan bersenam. Lebih membimbangkan, gula yang terlalu banyak dan diambil dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan penyakit kencing manis Penyakit ini akan menyebabkan luka lambat sembuh dan boleh membusuk seterusnya dalam sesetengah kes kritikal, anggota badan akan dibuang.

Walaupun menggunakan makanan penyebab penyakit kencing manis seperti pencuci mulut, kempen kesedaran Sweet Kills ini kelihatan ngeri dan ngilu. Ia akan membuatkan masyarakat ambil berat terhadap keburukan pengambilan gula yang berlebihan kepada kesihatan.

Berikut adalah gambar-gambar daripada Kempen Sweet Kills:

Penulis

  • Firzana Amira Ubaiya adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda