Berikutan itu Dr. Maszlee dalam satu kenyataan hari ini menerusi Facebooknya berkata, Kementerian Kewangan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut insitut pengajian tinggi (IPT) diteruskan.

Menurut Dr. Maszlee, Kementerian Kewangan telah menyatakan persetujuan untuk melihat cadangan tersebut bagi membantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT. Beliau berharap akan ada berita mengembirakan dalam waktu terdekat berhubung cadangan ini.

 

 

Baucar buku yang dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) mula diperkenalkan pada 2012 oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi diganti dengan KADS1M Debit-i apabila berlaku isu para pelajar menukar baucar berkenaan dengan wang tunai.

Bagaimanapun KADS1M Debit-i yang diperkenalkan pada 2017 membolehkan pelajar bukan sekadar membeli buku atau gajet tetapi juga mengeluarkan tunai RM250 dari mesin ATM.-UTUSAN ONLINE