Kemenangan Bersejarah, Zendaya Menang Anugerah Emmy Dua Tahun Berturut-Turut

Zendaya sekali lagi meraih kemenangan di Anugerah Emmy 2022 dengan lakonannya sebagai Rue Bennett dalam Euphoria di HBO.

“Ini amat bermakna. Terima kasih banyak-banyak. Kepada pelakon-pelakon hebat yang tercalon dalam kategori ini, saya amat berbesar hati berada disamping anda.

“Terima kasih kepada pelakon Euphoria yang luar biasa. Terima kasih kerana membuat ruang yang selamat untuk melakukan drama yang amat susah. Saya sayang anda semua sangat-sangat.” ucap Zendaya ketika menerima anugerah pemenang pelakon wanita terbaik dalam drama bersiri.

Dia turut berterima kasih pada sahabat-sahabat dan keluarganya. Kemudian, dia berterima kasih kepada penerbit Euphoria.

“Terima kasih kepada Sam (Levinson) kerana berkongsi Rue kepada saya. Terima kasih kerana mempercayai saya, walaupun di saat saya tidak percayakan diri saya.

“Dan akhir sekali, saya hanya hendak beritahu, harapan saya untuk Euphoria ialah cerita ini dapat membantu menyembuhkan orang dan saya juga hendak berterima kasih kepada semua yang berkongsi cerita mereka kepada saya.

“Saya mahu anda semua tahu, kepada yang sayangkan Rue atau merasakan mereka adalah Rue, saya amat bersyukur akan kisah cerita anda dan saya mendukungnya bersama saya dan bersama Rue. Untuk itu, terima kasih sangat-sangat.” Zendaya berucap dengan sepenuh hatinya.

Selain menjadi calon termuda, dia juga merupakan yang termuda dalam kalangan orang kulit berwarna mendapat pencalonan dalam kategori drama bersiri dua kali.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca