Kemelut Politik Malaysia, Percaturan Seterusnya Dinanti

Perkembangan terkini politik negara terus menjadi tumpuan pelbagai pihak terutamanya selepas Tun Dr. Mahathir menggemparkan seluruh negara apabila mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kini dilantik sebagai perdana menteri interim, rata-rata sedang menanti apakah percaturan Tun Dr. Mahathir selepas ini.

Tanpa memberi sebarang petunjuk nyata mengenai hala tuju pengaturan landskap politik negara, tindakan dan langkah yang diambil negarawan berusia 94 tahun itu sudah pasti menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemerhati politik antarabangsa.

Memetik laporan Bernama, sebagai perdana menteri interim, Tun Dr. Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Meskipun bergelar perdana menteri interim, Tun Dr. Mahathir terus menerima sokongan padu daripada parti-parti politik, sama ada Pakatan Harapan (PH) mahupun pembangkang.

Memasuki hari ketiga kemelut politik negara, fokus pada hari ini pastinya tertumpu terhadap gerakan parti-parti politik khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mana telah mengisytiharkan ‘bercerai’ daripada sekutunya dalam gabungan PH.

Dalam pada itu, PH yang kini dianggotai Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah dijadual bakal mengadakan mesyuarat Majlis Presiden pada malam ini. UMNO dan PAS pula pasti sedang sibuk mencatur strategi demi kelangsungan politik mereka.

Untuk baca artikel lain berkenaan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca