Kembar 3 Baru Lahir Disahkan Positif COVID-19

*Gambar hanya sekadar hiasan.

Kes COVID-19 di Mexico kini semakin meningkat dengan penambahan mangsa jangkitan paling muda selepas bayi kembar tiga yang baru sahaja dilahirkan disahkan positif wabak tersebut.

Menurut Setiausaha Kesihatan San Luis Potosí iaitu Monica Rangel, kembar tiga yang lahir pada 8 Mei itu dilahirkan oleh seorang wanita yang juga positif COVID-19 tetapi asimptomatik (tanpa simptom atau gejala).

Difahamkan, kes seumpama itu belum pernah terjadi sebelum ini. Oleh sebab itu, pakar perubatan kini sedang menyiasat sama ada virus berkenaan disebarkan menerusi plasenta si ibu sewaktu hamil.

“Kes ini sedang diuji untuk melihat sama ada kembar ini dijangkiti sebelum atau selepas dilahirkan.

“Bagaimanapun, kelihatan mustahil untuk mereka dijangkiti di luar rahim dengan begitu cepat,” kata Monica Rangel.

Memetik laporan media tempatan, dua daripada kembar tersebut, seorang lelaki dan seorang perempuan dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Walau bagaimanapun, kembar ketiga yang merupakan bayi lelaki dilaporkan sedang menerima rawatan berkaitan pernafasan di sebuah hospital di San Luis Potosí.

Terdahulu, sebilangan kecil bayi baru lahir disahkan positif COVID-19 dan didapati dijangkiti wabak itu selepas kelahiran tetapi ia berbeza dengan kes kembar tiga ini.

Untuk rekod, sehingga hari ini, Mexico telah mencatatkan lebih daripada 185,000 kes COVID-19 dan 22,584 kematian sejak kes pertama di negara itu dilaporkan pada 28 Februari lalu.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca