Kembali Pertahankan Malaysia, Lelaki Ini Jelaskan 15 Kesalahan Al Jazeera Dalam Video Berat Sebelah Mereka

Baru-baru ini, laporan Locked Up In Malaysia Lockdown oleh Al Jazeera yang tular sebelum ini telah membangkitkan kemarahan orang ramai terutamanya rakyat tempatan.

Ia bukan sahaja dikritik rakyat tempatan, bahkan turut mendapat perhatian daripada pihak berkuasa yang turut mempersoalkan laporan tersebut di mana kebanyakan fakta yang dilaporkan dikatakan tidak tepat.

Tidak mahu tuduhan dan laporan tidak tepat terhadap Malaysia terus berlaku, personaliti media sosial, Dustin Pfundheller yang sebelum ini dikenali melalui laman Facebook Other Side of The Truth akhirnya tampil menggariskan 15 perkara yang menurutnya salah mengenai laporan Al Jazeera itu.

Dustin yang juga merupakan seorang pengamal perubatan sebelum ini pernah tular dengan videonya How Malaysian Did The Impossible yang menceritakan bagaimana negara kita berjaya melakukan sesuatu yang hampir mustahil untuk dilakukan dalam mengawal penularan wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, Dustin kali ini tampil dengan ulasannya mengenai video yang diterbitkan Al Jazeera itu.

“Ia sangat mengecewakan terlalu banyak kesilapan yang dilakukan dalam satu video oleh syarikat yang besar.

“Banyak perkara yang Malaysia sebagai negara lakukan untuk memerangi COVID-19 adalah salah menurut Al Jazeera,” tulisnya di Facebook.

Antara perkara yang dijelaskan Dustin dalam ulasannya kali ini adalah mengenai beberapa isu berbangkit yang dilaporkan dalam dokumentari tersebut antaranya bagaimana Al Jazeera memilih jalan cerita yang dimahukan mereka bagi menampakkan Malaysia adalah sebagai sebuah negara yang teruk.

Menurut Dustin, laporan tersebut juga seperti keliru dengan terma pendatang asing secara haram dan juga yang memasuki negara ini dengan sah selain tidak memahami isu dan usaha sebenar kerajaan dalam memerangi COVID-19 ketika ini.

Dustin turut mengkritik tindakan Al Jazeera yang menutup ruangan komen mereka untuk laporan tersebut yang sekaligus tidak memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memaklumkan sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan mereka.

Untuk menonton video penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah.

Untuk baca artikel lain berkaitan Al Jazeera, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca