Kembali Dengan Sesuatu Yang Baru, Yuna Pulang Ke Malaysia!

Dari hantaran media sosialnya yang terbaru, Yuna memuat naik sebuah video dengan kapsyen yang menyatakan kembalinya dengan muzik baru. Ramai peminatnya mengharapkan Yuna akan menjalankan konsert mengikuti berita tersebut.

Antara ratu muzik yang terlahir di Malaysia semestinya ialah Yuna! Siapa saja yang tak kenal dia?

Kerjaya hebat Yuna mula-mula dari gig tempatan yang kecil dan sesi open mics hingga kini mukanya telahpun dipaparkan di papan iklan di Times Square sewaktu mempromosikan albumnya, Rouge pada tahun 2018.

Sudah ditaraf artis antarabangsa, Yuna kebanyakan dilihat di Amerika Syarikat, terutamanya di Los Angeles. Namun kini, dengan hantaran media sosial terbarunya, Yuna kelihatan telah kembali ke Malaysia!

Dari video tersebut, dia mempamerkan evolusinya sabagai seorang penyanyi selepas mengeluarkan EP dia pada tahun 2008 sehingga kegemilangannya kini sambil hinting sebuah projek baru yang akan datang tidak lama lagi.

Di kapsyen, Yuna menulis, “Hai Malaysia, saya kembali dengan sesuatu yang baru.”

Ramai peminat-peminatnya menunjuk kegembiraan dan ketidaksabaran supaya Yuna terus mengeluarkan lagu baru, terutmanya lagu-lagu Melayu.

Terdapat juga sekumpulan peminatnya yang mendesak dan merayu agar penyanyi tersebut mengadakan konsert sempena kemunculan semula di Malaysia.

Pada pendapat anda, apakah projek baharunya yang akan datang di Malaysia? Dan adakah anda rasa Yuna akan mengadakan sebuah konsert sempena kepulangan dia di Malaysia pada tahun ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca