Kematian Disebabkan COVID-19 Terus Meningkat, Angka Terkini 20

Satu lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Malaysia, menjadikan angka keseluruhan korban terkini ialah 20 orang.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu malam.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.

“Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warga Malaysia berumur 76 tahun. Pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 4.35 petang, 25 Mac,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit tersebut menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Pesakit telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020,” tambahnya.

Terdahulu, beliau mengumumkan sebanyak 1,796 kes positif Covid-19 direkodkan setakat Rabu, dengan pertambahan 172 kes baharu.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai COVID-19, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca