Kematian COVID-19 Di AS Lebih Ramai Berbanding Perang Dunia Pertama

Peningkatan kepada 740 kes maut akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam di Amerika Syarikat (AS) bermakna kadar kematian di negara itu sudah pun melebihi angka korban ketika Perang Dunia Pertama.

Analisis Johns Hopkins University mendapati kematian akibat COVID-19 di AS kini mencecah kepada 116,854 orang manakala jangkitan bertambah 23,351 kes dalam tempoh sama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 2,134,973 kes.

Sekitar 20,000 kes baharu dicatatkan di AS setiap hari, akan tetapi negara itu tetap membuka semula sektor ekonomi mereka.

Pentadbiran Presiden Donald Trump kini memandang remeh virus itu hanya kerana bagi merancakkan semula ekonomi berikutan pemilihan presiden November ini, malah turut memberi jaminan ekonomi tidak akan ditutup walaupun berlaku gelombang kedua wabak.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS iaitu Jerome Powell, turut mengeluarkan amaran berikutan ekonomi AS dengan menegaskan ia tidak akan pulih sekiranya ‘ketidaktentuan yang ketara’ masih wujud akibat COVID-19.

Donald Trump berdepan dengan cemuhan ketika mahu melancarkan kempen di Tulsa, Oklahoma, iaitu pertemuan pertama sejak Mac lalu selepas semua perhimpunan dilarang akibat ancaman COVID-19.

Bagaimanapun, perhimpunan itu dijangka akan diadakan di dalam dewan tertutup yang mampu menghimpunkan sekitar 20,000 orang sahaja.

AS ketika ini bersetuju untuk menutup sempadan Mexico dan Kanada sehingga 21 Julai, malah melanjutkan larangan perjalanan untuk kali ketiga.

Untuk baca artikel lain berkenaan COVID-19 di Amerika Syarikat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca