Lebih 2,000 Kanak-Kanak Tanpa Kerakyatan Berpeluang Untuk Bersekolah Di Sekolah Kerajaan

Seramai 2,635 kanak-kanak tanpa kerakyatan diberi peluang untuk mendaftar bagi sesi persekolahan sejak awal tahun ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Mazlee Malik, tindakan ini dianggap sebagai langkah berjaga-jaga supaya kanak-kanak tidak rasa tersisih daripada masyarakat dan memberi peluang yang cerah kepada mereka. Sekiranya kanak-kanak seperti mereka dibiarkan, mereka akan mudah terjebak dalam gejala negatif.

“Kita (kerajaan) cuba melakukan perkara yang sepatutnya dengan mendaftarkan mereka ke sekolah yang akan membantu mereka untuk mendapatkan dokumen yang sah.” kata beliau semasa sidang media berkenaan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

Menurut Mazlee lagi, usaha untuk memberikan pendidikan kepada mereka diharap dapat menjadi pemangkin untuk mereka membina masa depan yang cerah dan seterusnya dapat mengubah nasib diri dan keluarga ke arah yang lebih baik.

Inisiatif ini dikatakan adalah satu langkah inovatif yang diambil oleh kerajaan yang mempunyai kesan holistik terhadap masyarakat dan negara.

Artikel Lain Untuk Di Baca