Kemaruk ‘Like’ Di TikTok, Lelaki Ini Sanggup Terjun Dalam Tangki Besar

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Seorang lelaki dari Louisiana, Amerika Syarikat sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan 2,000 tanda sukaan di aplikasi TikTok termasuk berenang dalam sebuah akuarium besar.

Kevin Wise didakwa melakukan kerosakan harta benda selepas berenang dalam sebuah akuarium di salah satu cawangan kedai bekalan barangan untuk aktiviti luar iaitu Bass Pro Shop di Bossier City.

Jabatan Polis Bossier City turut mengesahkan lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada minggu lalu atas tuduhan kerosakan jenayah harta benda.

“Saya berkata kepada para pengikut bahawa saya akan terjun ke dalam tangki sekiranya saya memperoleh 2,000 tanda sukaan. Saya dapat lebih daripada itu dan tidak mahu menjadi seorang penipu,” ujar Kevin.

Kevin dilihat berenang secara naik dan turun dalam sebuah tangki kaca yang besar menerusi video tersebut. Lelaki itu kemudiannya keluar dalam keadaan basah kuyup sebelum beredar keluar dari kedai.

Sementara itu, Jabatan Polis Bossier City turut mengesahkan penangkapan lelaki itu selepas dia pulang ke kedai berkenaan. Kevin hanya perlu membayar jumlah ganti rugi kepada premis berkenaan untuk mengosongkan dan mencuci tangki kaca terbabit.

Pada pendapat anda, adakah Kevin sepatutnya menerima hukuman yang lebih berat untuk tindakannya itu?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan cabaran di TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca