Kemarau Teruk, Jejak Dinosaur Dari 113 Juta Tahun Lalu Muncul Semula

Sejak minggu lalu, Texas mengalami masalah kemarau teruk hingga menyebabkan sungai yang mengalir melalui Taman Negara Dinosaur Valley di Glen Rose menjadi kering kontang.

Pemantau Kemarau Amerika Syarikat menyatakan kemarau melampau pada musim panas ini menyebabkan lebih daripada 60% penduduk Texas terpaksa menghadapi perubahan cuaca itu.

Sumber: CNN

Kejadian ini secara tidak langsung telah menampakkan kesan tapak kaki dinosaur di Sungai Paluxi yang terletak di taman dinosaur tersebut.

Sumber: TODAY

Jurucakap taman Stephanie Salinas Garcia menyatakan kebanyakan jejak yang baru ditemui ini di bahagian lain sungai taman adalah milik Acrocanthosaurus.

Menurutnya lagi, ketinggian dinosaur dewasa untuk Acrocanthosaurus adalah 4.6 meter (15 kaki) dan beratnya hampir 7 tan.

Pekerja taman itu mengesahkan penemuan tersebut kemungkinan kepunyaan dua spesies dinosaur.

Selain Acrocanthosaurus, taman itu juga menjumpai jejak milik Sauroposeido dan ketinggian dinosaur tersebut adalah 18 meter (60 kaki) serta memiliki berat sekitar 44 tan.

Sumber: IFLScience

Sebelum ini pada tahun 2020, tapak kaki dinosaur gergasi yang dijangka berusia 168 juta tahun ditemui di atas permukaan gua di Perancis.

Pada asalnya kesan tapak kaki itu berada di atas tanah tetapi selepas bertahun-tahun tertanam membuatkan kesan itu kelihatan berada di atas bumbung gua.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca