Kemaluan Lelaki Di Thailand Ini Digigit Ular Ketika Sedang Gunakan Tandas

Seorang remaja lelaki di Nonthaburi, Bangkok telah dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya digigit oleh seekor ular sawa. Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang menggunakan tandas.

Siraphop Masukarat, 18, yang berada di tandas tiba-tiba mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya. Apabila mangsa menundukkan kepalanya, dia melihat seekor ular sawa sedang menggigit hujung kemaluannya.

Ular sawa tersebut kemudian melepaskan gigitannya dan darah menitik di sekitar mangkuk tandas.

Siraphop menjerit ketakutan dan terus berlari keluar dari bilik mandi dan seluarnya pula masih terlucut di bahagian buku lali.

Ibu Siraphop panik dan bergegas ke Hospital Bang Yai untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaan anaknya. Doktor memberikan Siraphop tiga jahitan di kemaluannya dan merawat luka gigitan dengan cucian antibiotik agar dapat membunuh bakteria daripada taring ular sawa itu.

“Saya sedang menggunakan tandas tetapi beberapa saat selepas saya duduk, saya tiba-tiba merasakan sakit di kemaluan saya.

“Saya tunduk ke bawah dan melihat ada ular yang tergantung di tandas. Kemudian ada darah di mana-mana.

“Itu hanya ular kecil tetapi gigitannya sangat kuat. Saya harap kemaluan saya dapat pulih,” kata Siraphop.

Sukarelawan penyelamat kemudian tiba di rumah dan mereka menggunakan peralatan menangkap ular untuk menjerat ular sawa yang panjangnya sekitar 4 kaki. Mereka meletakkannya ke dalam karung sebelum melepaskannya kembali ke hutan.

Ibu Siraphop, Sutapath, masih terkejut dengan kejadian itu.

“Saya tidak tahu bagaimana ular masuk ke rumah saya. Ia mungkin melalui saluran air yang dihubungkan ke tandas.

“Saya tahu ular itu benar-benar menyakiti anak saya tetapi saya lega kerana itu hanya ular sawa yang tidak berbisa. Sekiranya itu adalah ular tedung, dia pasti akan mati.

“Dia akan takut setiap kali pergi ke tandas. Tetapi dia sudah pulih dengan baik di hospital dan saya berterima kasih kepada sukarelawan penyelamat kerana menangkap ular itu.” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca