Kemalangan Maut 4 Sekeluarga, Pemandu Treler Miliki 13 Saman Trafik Direman

Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa empat sekeluarga di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan di Ipoh, Perak petang semalam didapati mempunyai 13 saman trafik.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Perak iaitu Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pemandu berusia 34 tahun itu memiliki saman trafik sejak 2008 sehingga tahun lepas. Tiga daripada saman tersebut adalah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Mior Faridalathrash berkata, “Polis telah menahan pemandu treler dan akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan. Walau bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh dadah.”

Dalam pada itu, Mior Faridalathrash berkata pihak beliau menerima maklumat mengenai insiden itu pada 2.45 petang semalam. Hasil siasatan pihak polis mendapati sebuah lori treler tanpa muatan yang dipandu lelaki itu dari arah Taiping di Perak menghala ke Bukit Beruntung, Selangor telah merempuh sebuah kereta yang dinaiki empat sekeluarga dari arah belakang.

Sumber: Siakap Keli

“Rempuhan tersebut telah menyebabkan treler dan kereta itu menggelongsor ke hadapan lalu melanggar lima buah kereta lain yang turut mengalami kerosakan teruk namun semua penumpang dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” tambahnya.

Keempat-empat mangsa iaitu pesara polis Rahim Ramli bersama isterinya Siti Petimah Omar dan dua anak perempuan mereka iaitu Nor Hadirah dan Nor Hamizah dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan enam buah kereta dan sebuah lori treler itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Permatang Pasir, Permatang Pauh di Pulau Pinang awal pagi ini.

Team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca