Kemalangan Di Jalan Genting Klang, Warganet Nyatakan ‘Myvi 1 : GTR 0’

Seringkali orang ramai kaitkan kereta Myvi sebagai kenderaan yang paling ganas di jalan raya.

Baru-baru ini berlakunya suatu kemalangan di Jalan Genting Klang yang membuktikan lagi ‘kekuatan’ Myvi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaporkan bahawa kemalangan tersebut terjadi pada lewat tengah hari sekitar pukul empat. Berdasarkan gambar berikut, terdapat dua buah kereta yang terbabit dalam kemalangan itu iaitu Myvi dan Nissan GTR R35 .

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kereta GTR telah dilanggar dari belakang oleh Myvi yang berwarna keemasan itu dan kerosakan pada GTR kelihatan agak ketara berbanding dengan Myvi.

Kereta yang diperbuat dari Jepun itu mengalami kerosakan ketara pada bahagian belakang manakala hanya bahagian depan Myvi sahaja yang retak dan masih lagi ada rupa kereta.

Komen warganet di laman media sosial juga menghiburkan hati dan ada yang menyatakan pemandu Myvi berkenaan akan mengeluarkan wang baik pulih yang banyak.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Selain itu, ada juga yang memberi nasihat.

Sumber: Facebook

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca