Keluarkan Air Mata ‘Kristal’ Setiap Kali Menangis, Hidup Wanita Ini Bagaikan ‘Neraka’

Pakar perubatan kini sedang menjalankan kajian terhadap satu kes pelik di mana seorang wanita didapati menitiskan air mata ‘kristal’ setiap kali menangis.

Wanita yang dikenali sebagai Satenik Kazaryan dari kampung Spandaryan di Armenia itu dilaporkan mengeluarkan sehingga 50 titisan air mata setiap hari. Menurutnya, keadaan itu sangat menyeksakan sehingga membuatkan hidupnya seperti ‘neraka’.

Difahamkan, Kazaryan sedang berada di klinik gigi dan ketika itulah dia berasa seolah-olah ada debu telah memasuki matanya.

Keadaan matanya menjadi semakin teruk dan dia tidak dapat menahan sakit lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar oftamologi.

Setelah diperiksa, beberapa biji ‘kristal’ berjaya dikeluarkan daripada mata wanita tersebut.

“Hidup saya sekarang persis neraka,” luahnya.

Pada mulanya, ubat-ubatan yang diberi kepadanya seakan-akan membantu. Namun begitu, lama-kelamaan tangisan ‘kristal’ itu semakin kerap berlaku.

“Semua doktor terkejut dengan keadaan saya.”

“Mereka belum pernah menemui penyakit seperti itu dan tidak tahu bagaimana untuk merawatnya. Doktor-doktor juga tidak pernah mendiagnosis (penyakit) itu,” katanya.

Sebahagian ‘kristal’ yang keluar daripada mata Kazaryan telah dihantar ke makmal untuk ujian analisis, namun jenis penyakit yang dialami wanita berkenaan kekal sebagai tanda tanya sehingga sekarang.

Salah satu cadangan yang diterima adalah menghantar Kazaryan ke luar negara untuk didiagnosis dan juga mendapatkan rawatan. Namun begitu, laporan media tempatan mengatakan bahawa keluarga Kazaryan sangat miskin dan tidak mampu untuk menampung kos perubatan di luar negara.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca