Keluarga Sahkan Mayat Wanita Berkulit Putih Yang Ditemui Adalah Nora Anne Quiorin

Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan bahawa wanita berkulit putih yang ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir warganegara Ireland Nora Anne Quoirin yang hilang pada 4 Ogos lalu adalah milik remaja itu.

Pengesahan tersebut dibuat sebaik sahaja keluarga mangsa melakukan pengecaman terhadap mayat berkenaan sebentar tadi di Hospital Tuanku Jaafar.

Proses bedah siasat ke atas mayat Nora Anne Quoirin akan dilakukan pada pukul 10 pagi esok.

Nora dipercayai datang ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarga. Mereka tiba di sini pada 3 Ogos lalu dan menginap di Resort The Dusun Pantai Hill.

Menurut keluarga mangsa, anak mereka itu sudah tiada di bilik penginapan sekitar jam 8 pagi pada Ahad sebelum operasi pencarian dilancarkan.

Sumber:
Astro Awani

Artikel Lain Untuk Di Baca