Keluarga Mangsa Nahas Lion Air Failkan Saman Terhadap Boeing

Keluarga salah seorang mangsa nahas Lion Air yang terhempas sejurus berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober yang lalu telah bertindak menfailkan saman terhadap syarikat pengeluar pesawat Boeing.

Keluarga mangsa dikatakan menfailkan saman ke atas syarikat  tersebut atas dakwaan pesawat 737 Max 8 yang terhempas itu tidak selamat dari segi rekaan.

Ibu bapa Dr Rio Nanda Putrama menfailkan saman terhadap syarikat berkenaan di mahkamah daerah Elenor. Dalam dakwaan tersebut ia menggariskan ciri-ciri keselamatan yang menyebabkan pesawat menjunam secara automatik dalam situasi tertentu.

 

Foto: Google

 

Saman tersebut mendakwa perubahan yang dibuat pada model 737 sebelumnya tidak dimaklumkan dengan baik.

Pada Rabu pegawai kanan Lion Air telah mendedahkan Boeng gagal memberi amaran berkenaan potensi kemalangan yang disebabkan ciri-ciri baru pesawat berkenaan. Para penyiasat juga sedang menyiasat sama ada pengesan luar pesawat memberi data tidak tepat hingga menyebabkan pesawat itu terjunam.

Pihak Boeng sebelum ini bagaimanapun mendakwa telah mengeluarkan nota amaran pasca nahas untuk memperbaiki prosedur operasi.

Sumber: Astro Awani

Artikel Lain Untuk Di Baca