Keluarga Islam Sengaja Dilanggar Ketika Melintas, Empat Yang Lain Maut

diserang-ketika-melintas-jalan-empat-keluarga-islam-maut_2
Sumber: Malakat Tribune

Sungguh tragik apabila sebuah keluarga Islam sengaja dilanggar oleh penyerang Islamofobia di Ontario, Kanada, dan empat daripadanya maut pada Ahad lalu.

Menurut laporan polis mengesahkan bahawa seorang lelaki memandu trak dengan niat sengaja melanggar merupakan serangan yang dirancang hingga menyebabkan kematian empat anggota keluarga Islam tersebut.

Dikatakan juga suspek yang berusia lingkungan 20-an lari dari lokasi kejadian. Namun, dia sempat ditahan di sebuah pusat beli-belah sejauh tujuh kilometer dari tempat kejadian.

Insiden berlaku apabila lima anggota keluarga itu sedang menunggu untuk melintas jalan. Di persimpangan kelihatan sebuah trak hitam menaiki bebendul jalan lalu mereka sekeluarga.

“Ada bukti menunjukkan insiden ini dirancang dengan motif kebencian, malah keluarga itu menjadi kerana mereka beragama Islam,” memetik kenyataan Superintendent Jabatan Polis London, Paul Waight di sidang media CityNews.

Sumber: Kicauan Rakyat.com

Mangsa yang maut termasuk seorang lelaki berusia 46 tahun, remaja perempuan 15 tahun, serta dua orang wanita masing berusia 74 dan 44 tahun.

Turut dilaporkan seorang lagi anggota keluarga malang itu, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun. Namun, kini berada di hospital dalam keadaan serius tetapi stabil.

Pemandu berkenaan telah dikenal pasti sebagai Nathaniel Veltman, didakwa dengan empat tuduhan bunuh dan satu tuduhan cubaan membunuh.

Menurut Waight, polis dan peguam negara sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mengenai dakwaan terrorisme.

Namun begitu, Waight tidak mengulas lanjut mengenai siasatan dan menjelaskan bahawa polis sedang mengkaji serta meneliti media sosial Veltman.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menzahirkan kekesalannya dengan pelaku yang melakukan tindakan kebencian terhadap agama lain.

“Berita dari London, Ontario ini amat mengejutkan saya”. Memetik ciapan Trudeau di akaun rasmi Twitter beliau.

“Saya terkejut dengan berita dari London, Ontario. Buat keluarga mangsa, kami bersama dengan anda. Islamofobia tidak patut diterima dalam komuniti kita malah kebencian ini berbahaya serta mesti dihentikan”, tegasnya lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca