Keluar Malam Demi Rakam Video TikTok, Tiga Gadis Ini Positif COVID-19

Seorang pelajar dan dua orang rakan sebiliknya disahkan positif COVID-19 selepas keluar pada waktu malam demi sebuah video TikTok.

Lauren Boskila, 21, seorang graduan dari Universiti Florida memberitahu bahawa dia dan dua orang lagi kawannya telah berkunjung ke bandar Gainesville.

Video TikTok berkenaan menunjukkan Lauren tidak memakai pelitup muka sambil minum ‘air’ di sebuah bar tertutup. Walau bagaimanapun, video tersebut telah dipadam.

“Gainesville hampir tidak mempunyai kes. Kami akan baik-baik saja. Bar melaksanakan peraturan keselamatan,” kata salah seorang rakan Lauren.

Namun, rakan sebilik Lauren menunjukkan gejala COVID-19 termasuk demam, berpeluh dan sakit perut.

Memetik laporan Daily Star, salah seorang mangsa berkata, “saya sebenarnya terlalu sakit.”

Lauren kemudiannya berkongsi video semasa menjalani ujian saringan yang dilakukan ke atas mereka sebelum mendedahkan bahawa ketiga-tiga mereka positif jangkitan itu.

Sebelum Lauren bertindak memadam video tersebut, ia telah ditonton lebih satu juta kali dalam masa sehari.

Sementara itu Gabenor Florida, Ron DeSantis telah menyalahkan golongan remaja atas peningkatan kes COVID-19, dengan menyatakan bahawa mereka ini tidak boleh dipaksa untuk mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial.

“Mereka akan lakukan apa yang mereka mahu lakukan,” katanya pada sidang media.

Untuk rekod, Florida merekodkan lebih 146,000 jangkitan dan sekurang-kurangnya 3,477 maut akibat wabak berkenaan.

Untuk baca artikel lain berkaitan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca