Kelilingi Dunia Jejak Lokasi Sebenar Komik TinTin, Lelaki Ini Mengembara Ke 31 Lokasi

nelwin aldriansyah

Seorang peminat kartun TinTin dari Indonesia menjadi bualan ramai apabila pengalamannya mengelilingi dunia bagi mencari lokasi serupa dalam komik itu tular di media sosial.

Menurut laporan portal kompas.com, Nelwin Aldriansyah yang merupakan peminat tegar karakter TinTin telah mengembara ke 31 lokasi di 18 negara yang dipaparkan dalam komik klasik berkenaan.

Sumber: Facebook Nelwin Aldriansyah

Dia memuat naik kisah perjalanannya ketika tiba di lokasi-lokasi tersebut di laman facebook dengan menyuntingnya bersebelahan babak-babak yang ada dalam komik.

Tambahan pula, dia juga berkongsi keterujaan melawat tempat-tempat bersejarah seperti di dalam komik yang bertajuk Adventures of Tintin.

Nelwin mula membaca komik tersebut sekitar tahun 1978 ketika masih di bangku sekolah. Menurutnya, dia dapat mengenali pelbagai mercu tanda terkenal dunia menerusi siri komik berkenaan.

“Pada 2014, saya mula menyedari bahawa banyak lokasi yang dipaparkan dalam komik TinTin adalah lokasi sebenar yang wujud di dunia kita dan bukan rekaan semata-mata.

Bermula pada tahun 2016 saya mula menjejaki setiap lokasi yang pernah dilawati TinTin dan ianya benar-benar wujud di dunia nyata,” jelas Nelwin.

Dia juga mendedahkan bahawa lokasi sebenar yang banyak digambarkan dalam komik tersebut menggunakan nama sebenar atau mereka mengubah nama dan lokasi itu sebagai rekaan.

Meskipun pengembaraan Nelwin kini terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19, dia masih menyimpan harapan untuk melawat beberapa lagi lokasi dalam senarainya seperti Shanghai dan Lhasa (China), Cheverny (Perancis), dan juga kawasan sekitar Belgium iaitu negara asal watak TinTin.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca