Kelihatan Seperti Mata Manusia, Ini 4 Pulau Misteri Di Dunia

Walaupun dianggap sebagai tourist spot, kami kongsikan kewujudan empat buah pulau yang masih lagi dianggap misteri menerusi artikel ini:

1. Zalzala Koh, Pakistan

Description: Pulau 'gempa bumi' ditelan Lautan Hindi
Sumber: Interesting Engineering

Satu gempa bumi yang berlaku di Pakistan pada tahun 2013 telah menghasilkan sebuah pulau secara tidak sengaja sedangkan ia sama sekali tidak pernah wujud di atas peta sebelum kejadian itu. Penduduk setempat menggelarnya sebagai Pulau Gempa Bumi kerana ia tidak mempunyai nama.

2. Pulau Socotra, Yaman

Description: Bagai planet asing | Harian Metro
Dragon’s blood. Sumber: Agensi

Kepelbagaian flora dan fauna di Socotra ini boleh membuatkan pengunjung pulau ini berasa seperti berada dalam dunia khayalan. Memetik laporan Harian Metro, saintis berjaya menemui 700 spesies endemik yang tidak pernah ditemui di mana-mana tempat di seluruh dunia. Salah satu tumbuhan yang hanya boleh ditemui di Socotra ialah pokok Dragon’s Blood.

3. Pulau Partridge, Kanada

Terletak di Saint John, ramai orang tertanya-tanya mengenai kegunaan pulau tersebut selepas ia ditutup kepada umum sejak tahun 1941.

Pulau Partridge pernah menjadi stesen kuarantin rasmi untuk pendatang asing yang ingin memasuki Kanada. Untuk mengelakkan penyakit berjangkit seperti cacar masuk ke negara itu, pihak berkuasa mengarahkan semua imigran tinggal di pulau ini buat sementara waktu sebelum dibenarkan masuk ke Kanada.

4. Pulau Mata Terapung, Argentina

Penerbit filem Argentina, Sergio Neuspiller menemui Pulau Mata Terapung pada tahun 2016. Apa yang membuatkan bentuk pulau ini menarik ialah ia persis bulan dengan saliran air di satu bahagian yang membuatkannya kelihatan seperti mata manusia.

Selain itu, pulau ini dikatakan berputar pada paksinya sendiri dan ia tidak pernah ditemui di tempat lain. Penemuan ini telah menggembirakan Sergio sehingga dia membuat keputusan untuk memberitahu kewujudan pulau ini kepada dunia melalui sebuah filem.

Pada pendapat anda, pulau manakah yang masih lagi menjadi misteri sehingga ke hari ini?

Penulis:

  • Farah Hani Mustaffa Azmi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca