Kelihatan Janggal Dan Kaku, Warganet Dakwa Ini Bukan Kim Jong-Un Tetapi ‘Body Double’

Seorang pegawai Korea Selatan mengatakan bahawa pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong-un tidak menjalani apa-apa pembedahan sepanjang tempoh dia ‘menghilangkan diri’ di khalayak umum.

Kenyataan tersebut dibuat selepas kedua-dua negara berbalas tembakan di zon demiliterisasi (DMZ) di mana ia merupakan sempadan yang memisahkan kedua-dua belah negara.

Menurut Pegawai Pemerintah yang enggan dinamakan itu, dakwaan tentang Jong-un baru sahaja selesai menjalani pembedahan adalah sama sekali tidak benar dan ia boleh dilihat menerusi pergerakan kakinya.

“Berdasarkan pemerhatian kami, Jong-un tidak menjalani sebarang pembedahan,” kata pegawai itu.

Apabila wartawan menyoal sama ada pemimpin itu menjalani rawatan kesihatan lain, pegawai itu juga menyatakan bahawa Jong-un tidak menjalani apa-apa rawatan kesihatan.

Sebelum ini, status sebenar kesihatan pemimpin Korea Utara itu menjadi topik perbualan hangat di seluruh dunia dengan pelbagai dakwaan yang timbul. Ada di antaranya yang mengatakan Jong-un sebenarnya jatuh sakit dan sedang menjalani pembedahan kardiovaskular selepas tidak memunculkan diri sejak April lalu.

Namun begitu, pada Sabtu lepas, media Korea Utara melaporkan bahawa Jong-un dilihat sihat seperti sediakala semasa sedang melawat dan merasmikan sebuah kilang baja di republik itu.

Bukan Jong-un tapi body double

Walau bagaimanapun, timbul pula dakwaan yang mengatakan rakaman visual semasa Jong-un sedang melawat kilang baja berkenaan kelihatan agak janggal dan kaku.

Pada masa yang sama, ada yang berpendapat bahawa kesahihan visual dan foto pemimpin itu diragui dan tidak dapat dipastikan.

Oleh sebab itu, ramai yang berasakan yang visual tersebut sebenarnya telah disunting. Ada pihak yang mendakwa itu bukan Jong-un yang sebenar dan ia mungkin sekadar lakonan semata-mata bagi membuktikan kepada dunia yang pemimpin itu berada dalam keadaan sihat.

Timbul rasa curiga dalam kalangan warganet

Tinjauan kami di Twitter mendapati ada pengguna laman sosial itu yang mula meneliti dan membandingkan visual dan foto terbaharu Jong-un di kilang baja itu dengan penampilannya yang terdahulu.

Mereka mendakwa bahawa gerak tubuh Jong-un kelihatan agak berbeza dan beberapa ciri tubuh pemimpin itu juga dilihat lain berbanding sebelum ini.

Antara perkara yang menjadi persoalan termasuklah raut wajah, ekspresi muka dan senyuman pemimpin tersebut.

Hasil penelitian warganet ini sekali gus menimbulkan semula dakwaan yang Jong-un sememangnya sedang sakit.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan Kim Jong-un, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca